1.0 TAJUK
Nama permainan ini ialah “Hubbu al-Umm” atau dalam bahasa Melayu “Sayang Ibu”.Rasional nama ini digunakan ialah kerana prosedur atau cara-cara permainan ini dimainkan dimana ia memerlukan “anak-anak” untuk melindungi “ibunya”.Nama yang digunakan ini juga digunakan adalah bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang cergas dari segi perkembangan psikomotor selain daripada menerapkan nilai kasih dan sayang kepada ibu bapa.
2.0 MATLAMAT
· Untuk meningkatkan kecergasan psikomotor kanak-kanak disamping menerapkan nilai-nilai murni
dalam permainan.
3. 3.0 OBJEKTIF
- Untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak ketika bermain.
- Untuk mewujudkan semangat berpasukan dalam setiap ahli.
- ·Untuk meningkatkan kecerdasan kognitif kanak-kanak dalam permainan.
- Untuk mewujudkan rasa sayang terhadap ibu bapa dan ahli keluarga
4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
4.1 Senarai alatan yang digunakan
Untuk permainan Hubbu al-umm ini,hanya 3 alatan sahaja yang digunakan iaitu:
1.Bola kertas
1.Bola kertas
2.Kayu pemukul kertas
3.Kon
4.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN MENGIKUT KATEGORI YANG DIPILIH
4.2.1 Kategori yang dipilih:
Kategori pukulan
4.2.2 Cara bermain
1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pemukul dan pembaling.
2. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pemain. Seorang akan menjadi ibu dan selebihnya menjadi anak.
3. Hanya ibu akan membuat pukulan.
4. Pasukan pembaling akan mengambil tempat masing-masing untuk menerima bola daripada pihak pemukul.
5. Ibu akan memukul bola yang akan dibaling oleh pihak pembaling kehadapan. Cubaan pukulan akan diberi sebanyak 3 kali.
6. Setelah memukul, ibu dan anak akan berlari dari tempat pemukul ke hujung garisan dan pulang semula ke tempat pemukul. Jika satu larian ulang alik itu lengkap pasukan tersebut akan mendapat 1 mata.
7. Pasukan pembaling yang menangkap bola akan membaling bola ke arah ibu dan anak. Jika bola terkena pada anak , hanya anak akan mati dan apabila bola terkena pada ibu, semuanya akan mati.
8. Giliran akan tamat apabila kesemua anak serta ibu tersebut mati.
4.3 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN
4.3 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan
15 METER 5 METER
|
|
4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN |
1. Pemukul hanya boleh dilakukan oleh ibu sahaja.
2. Ibu diberikan sebanyak 3 kali percubaan.
3. Pasukan pemukul boleh membuat larian sebanyak yang mungkin selagi tidak dimatikan oleh pasukan pembaling.
4. Pasukan pembaling tidak boleh menghantar bola sambil berlari atau membaling kearah pasukan pemukul.
5. Sekiranya pemukul memukul bola ke luar garisan yang ditetapkan akan dikira outside dan dikira mati.
6. Pemain yang dikira mati mestilah keluar daripada kawasan permainan,
7. Kedudukan anak mestilah bertentangan dengan arah bet kayu yang dipukul oleh ibu sebagai langkah keselamatan.
8. Keputusan hakim adalah muktamad.
4.4.1 FAKTOR KESELAMATAN
- Setiap pemain haruslah berpakaian yang bersesuaian iaitu memakai pakaian sukan.
- Tempat permainan adalah di kawasan yang rata dan lapang.
- Ketika 'si ibu' sedang memukul bola,'anak-anak' perlu berada di belakang 'si ibu'.Ini bagi mengelak 'anak-anak' daripada terkena kayu pemukul ketika 'si ibu' selesai memukul bola.
- Ketika selesai memukul,'si ibu' perlu meletakkan kayu pemukul di tempat pukulan dibuat.Jika 'si ibu' terus membaling atau mencampak kayu tersebut,maka penalti akan diberikan iaitu 'si ibu' tersebut terus mati dan harus diganti dengan pemain yang lain.
- Pihak pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian jika sebarang kemalangan,kecederaan atau kerosakan harta benda berlaku.
0 comments:
Post a Comment