- بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian dipanjatkan kepada Allah S.A.W kerana dengan limpah RahimNya dapatlah kami membuat sebuah blog sebagai perkongsian bersama.Blog ini sebenarnya dibina bertujuan untuk memenuhi tugasan bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi kursus Pergerakan Asas(PJM 3102) yang diambil oleh kami semua pada semester ini.Ahli kumpulan kami terdiri daripada Ahmad Safuan Bin Zakaria,Muhamad Basri Bin A. Bakar,Muhammad Asyraf Bin Yusoff,Nurul Nabila Binti Shari dan Shahrul Fazli Bin Adnan.Kami semua merupakan guru pelatih dari PISMP Semester 2 Reka Bentuk dan Teknologi (B) Ambilan Januari 2011,IPG Kampus Perlis.
Tugasan PJM3102 ini berkehendakkan kepada kami untuk membuat sebuah laman sesawang ataupun blog berkaitan aktiviti permainan kanak-kanak.
Terdapat 4 kategori permainan kanak-kanak iaitu kategori sasaran,pukulan,jaring atau dinding serta serangan atau kawasan.Dan kumpulan kami telah mendapat kategori pukulan.Sehubungan dengan itu,kami dikehendaki untuk menyediakan sebuah permainan kanak-kanak bagi kategori ini.Permainan tersebut perlulah dicipta sendiri oleh kami.

Jadi selain memenuhi tugasan yang diberi,blog ini juga dibina adalah sebagai perkongsian dari kami,guru-guru pelatih yang masih lagi kurang ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam bidang ini.Sebarang komen serta cadangan sangat-sangat kami perlukan sebagai pertambahan ilmu kepada kami semua.Akhir kata semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua,Insya Allah......=)
senyuman ikhlas dari kami semua..=)
0 comments:
Post a Comment