"SELAMAT DATANG KE BLOG SELUAR_TRACK_HITAM_BLOGSPOT_COM"

Tuesday, 27 September 2011

VIDEO PERTAMA KAMI!





"Video ini disunting khas untuk memberi gambaran kasar kepada anda mengenai permainan ini. Selamat menonton. v(^_^)"

PJM 3102 PERGERAKAN ASAS (PERMAINAN KANAK-KANAK)

1.0 TAJUK

Nama permainan ini ialah “Hubbu al-Umm” atau dalam bahasa Melayu “Sayang Ibu”.Rasional nama ini digunakan ialah kerana prosedur atau cara-cara permainan ini dimainkan dimana ia memerlukan “anak-anak” untuk melindungi “ibunya”.Nama yang digunakan ini juga digunakan adalah bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang cergas dari segi perkembangan psikomotor selain daripada menerapkan nilai kasih dan sayang kepada ibu bapa.

 2.0 MATLAMAT

·      Untuk meningkatkan kecergasan psikomotor kanak-kanak disamping menerapkan nilai-nilai murni 
                 dalam permainan.

3.                3.0  OBJEKTIF

                 
  •   Untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak ketika bermain.
  •   Untuk mewujudkan semangat berpasukan dalam setiap ahli.
  • ·Untuk meningkatkan kecerdasan kognitif kanak-kanak dalam permainan.
  •  Untuk mewujudkan rasa sayang terhadap ibu bapa dan ahli keluarga

Saturday, 24 September 2011

MUKADIMAH:PERMULAAN SETIAP BICARA

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian dipanjatkan kepada Allah S.A.W kerana dengan limpah RahimNya dapatlah kami membuat sebuah blog sebagai perkongsian bersama.Blog ini sebenarnya dibina bertujuan untuk memenuhi tugasan bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi kursus Pergerakan Asas(PJM 3102) yang diambil oleh kami semua pada semester ini.Ahli kumpulan kami terdiri daripada Ahmad Safuan Bin Zakaria,Muhamad Basri Bin A. Bakar,Muhammad Asyraf Bin Yusoff,Nurul Nabila Binti Shari dan Shahrul Fazli Bin Adnan.Kami semua merupakan guru pelatih dari PISMP Semester 2 Reka Bentuk dan Teknologi (B) Ambilan Januari 2011,IPG Kampus Perlis.

Tugasan PJM3102 ini berkehendakkan kepada kami untuk membuat sebuah laman sesawang ataupun blog berkaitan aktiviti permainan kanak-kanak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK CIPTA 5BUDAKRBTB