1.0 TAJUK
Nama permainan ini ialah “Hubbu al-Umm” atau dalam bahasa Melayu “Sayang Ibu”.Rasional nama ini digunakan ialah kerana prosedur atau cara-cara permainan ini dimainkan dimana ia memerlukan “anak-anak” untuk melindungi “ibunya”.Nama yang digunakan ini juga digunakan adalah bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang cergas dari segi perkembangan psikomotor selain daripada menerapkan nilai kasih dan sayang kepada ibu bapa.
2.0 MATLAMAT
· Untuk meningkatkan kecergasan psikomotor kanak-kanak disamping menerapkan nilai-nilai murni
dalam permainan.
3. 3.0 OBJEKTIF
- Untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak ketika bermain.
- Untuk mewujudkan semangat berpasukan dalam setiap ahli.
- ·Untuk meningkatkan kecerdasan kognitif kanak-kanak dalam permainan.
- Untuk mewujudkan rasa sayang terhadap ibu bapa dan ahli keluarga